Presiden Macron lantik Francois Bayrou sebagai PM baharu Perancis

Francois Bayrou (kiri) and Emmanuel Macron (kanan). Foto AFP
Francois Bayrou (kiri) and Emmanuel Macron (kanan). Foto AFP
A
A
A

ANKARA - Presiden Perancis, Emmanuel Macron melantik Francois Bayrou sebagai perdana menteri baharu negara itu pada Jumaat, menurut kenyataan Istana Presiden di platform X, lebih seminggu selepas Parlimen meluluskan undi tidak percaya terhadap bekas Perdana Menteri Michel Barnier dan kerajaannya.

Menurut Agensi Anadolu (AA), Macron melantik perdana menteri baharu dengan harapan dapat membentuk kerajaan baharu dan mengeluarkan negara itu daripada krisis politik yang berlarutan sejak Jun lepas.

Selepas beberapa hari perbincangan dengan parti-parti politik, Macron turut mengadakan rundingan awal pagi Jumaat dan bertemu dengan Bayrou, 73, selama hampir satu jam 45 minit, menurut sumber kepada penyiar BFMTV.

"Presiden melantik Encik Francois Bayrou sebagai Perdana Menteri dan menugaskan beliau untuk membentuk sebuah kerajaan," kata kenyataan Istana Presiden di X.

Majlis serah tugas daripada Barnier, yang kini bertindak sebagai perdana menteri sementara, dijangka berlangsung kemudian hari ini, menurut BFMTV. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!