Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis

Safwan (kanan) ditemani Ahmad Zaharil ketika membuat laporan polis pada awal pagi Jumaat. Foto FB Mr Wan Cai Official
Safwan (kanan) ditemani Ahmad Zaharil ketika membuat laporan polis pada awal pagi Jumaat. Foto FB Mr Wan Cai Official
A
A
A

SHAH ALAM - Bapa kepada jenazah bayi yang dibekukan selama 16 hari, Muhammad Adham Mikail telah membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara pada Jumaat.

Difahamkan, laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.

Safwan ditemani peguam jenayah terkenal, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar.

Sebelum ini tular mengenai jenazah bayi lelaki yang didakwa ditahan dalam peti sejuk beku di sebuah hospital swasta selama 16 hari ekoran bapanya tidak mampu membayar bil kelahiran anaknya yang meninggal dunia selepas 30 minit dilahirkan.

Sementara itu dalam perkembangan sama, Ahmad Zaharil dilapor berkata, pihaknya mungkin mengambil tindakan saman sivil dan jenayah terhadap hospital berkenaan kerana kesalahan menyimpan jenazah bayi selama tempoh berkenaan disebabkan bapa tidak menjelaskan bil rawatan.

"Kita akan tunggu dan dapatkan dulu dapatan daripada siasatan lanjut oleh pihak polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung perkara ini," tegasnya.

Kisah menyayat hati itu tular di media sosial sejak Selasa selepas Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Cai Official memuat naik hantaran di Facebook berkongsi mengenai perkara itu.

Wan Chai memaklumkan, pihaknya menghadapi kesukaran sewaktu menguruskan jenazah bayi berkenaan kerana dalam keadaan beku sepenuhnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!