Kerajaan sah tak akan ratifikasi ICERD

ICERD
ICERD
A
A
A
PUTRAJAYA - Kerajaan mengesahkan tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD).

Pejabat Perdana Menteri sebaliknya akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang dipersetujui oleh wakil semua kaum sewaktu pembentukan negara ini.

Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan satu perhimpunan mega membabitkan penyertaan ahli Pas dan Umno akan diadakan di ibu negara pada 8 Disember ini bertujuan membantah cadangan meratifikasi ICERD.

Gesaan Abdul Hadi terbabit mendapat sokongan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu himpunan menggabungkan ahli Umno dan Pas itu diadakan di setiap negeri di Semenanjung.

Bulan lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator, P Waythamoorthy, memaklumkan hasrat kerajaan untuk meratifikasi enam bentuk perjanjian antarabangsa termasuk ICERD dalam suku pertama tahun depan.
Artikel Berkaitan:


Bagaimanapun, Waytha Moorthy kemudiannya berkata, kerajaan masih tiada kata putus berhubung hasrat meratifikasi konvensyen berkenaan dan sesi mendapatkan pandangan serta maklum balas daripada semua pihak berkaitan perkara itu akan dimulakan pada Januari depan.