Mat Sabu agih durian kepada MP di Parlimen

Mohamad (dua dari kanan) menyerahkan buah durian kepada Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua dari kiri) di Bangunan Parlimen pada Selasa.
Mohamad (dua dari kanan) menyerahkan buah durian kepada Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua dari kiri) di Bangunan Parlimen pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu pada Selasa mengagihkan buah durian kepada ahli-ahli Parlimen di Bangunan Parlimen sebagai sebahagian daripada Kempen Jom Makan Buah-buahan Tempatan.

Mohamad berkata, durian yang diberikan adalah hasil daripada petani tempatan dan simbolik kepada kualiti tinggi produk negara yang wajar dibanggakan.

"Inisiatif itu bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menghargai keunikan buah-buahan tempatan dan menyokong industri pertanian negara.

"Oleh itu, saya ingin mengajak semua pihak agar menyokong usaha ini dengan mengutamakan hasil keluaran tempatan demi memperkukuhkan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat," katanya dengan berkongsi gambar penyerahan buah-buahan tersebut di Facebook pada Selasa.

Program itu diperkenalkan pada 2017 sebagai salah satu usaha mempromosi buah-buahan tempatan dan produk berasaskan buah-buahan.

Ia juga bertujuan untuk menyokong petani tempatan dan mengurangkan ketergantungan terhadap buah import selain memperkenalkan kepelbagaian buah-buahan tempatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!