Jualan 12.12 Tergempak Lazada mulakan cabaran 1-2-Jus seluruh negara
LAZADA Malaysia menghidupkan kembali permainan nostalgia 1-2-Jus dengan kelainan unik pada Disember ini bersempena Jualan 12.12 Tergempak yang akan berlangsung dari 11 Disember jam 8 malam hingga 14 Disember 2024.
Lazada dalam satu kenyataan berkata, bermula dari 4 Disember jam 8 malam hingga 9 Disember jam 8 malam rakyat Malaysia di seluruh negara boleh menyertai 12.12 1-2-Jus Showdown untuk bersaing setiap negeri menentang ratu permainan bagi memenangi baucar Lazada berjumlah RM120,000.
Pembeli perlu membuat carian menerusi Lazada 1212 Showdown di laman sesawang Google untuk mendapatkan butiran tersembunyi dan perlu memilih antara batu, kertas atau gunting untuk mencabar ratu permainan.
“Setiap penyertaan akan menyumbangkan 10 mata dan jika peserta berjaya menewaskan ratu, mereka akan memperoleh 20 mata tambahan. Selain itu, peserta juga menerima baucar Lazada untuk digunakan semasa Jualan 12.12 Tergempak, sementara stok masih ada.
“Laman permainan turut menampilkan papan pendahulu secara langsung yang memaparkan kedudukan negeri masing-masing. Negeri yang menang akan diumumkan pada 10 Disember dan semua peserta dari negeri tersebut akan berkongsi ganjaran bernilai RM120,000 dalam bentuk baucar Lazada,” katanya pada Selasa.
Sementara itu, Lazada bukan hanya menawarkan pelbagai diskaun, tetapi juga promosi menarik selain pembeli berpeluang menikmati RM12 All Out Deals.
Tambahnya, bermula 11 Disember pada jam 9 malam, 10 malam dan 11 malam serta setiap hari dari 12 hingga 14 Disember pada jam 10 pagi, 4 petang dan 10 malam, lebih RM80,000 produk boleh direbut dengan harga RM12 sahaja.
Antara produk yang boleh didapati ialah kerusi urut mewah,pembersih vakum canggih, telefon pintar terkini dan aksesori fesyen yang bergaya.
“Pengguna boleh mendapatkan tawaran hebat daripada jenama seperti Airbot, AKEMI, ECOVACS, Getha, Gintell, HONOR, Jean Perry, NeckPro, OGAWA, Songmont, Tineco dan Ulike.
“Setiap stok adalah terhad dan pembeli terpantas berpeluang merebut tawaran ini. Keterujaan untuk Jualan 12.12 Tergempak Lazada bermula lebih awal tahun ini dengan pelbagai diskaun dan tawaran sehingga 11 Disember, jam 8 malam.
“Mulai 1 Disember, pembeli boleh menikmati diskaun hingga 50 peratus untuk produk jenama terkenal seperti Bobbi Brown, Clinique, Estée Lauder, LEGO dan Ogawa,”ujarnya.
Dalam pada itu, bermula dari 11 sehingga 14 Disember orang ramai boleh dapatkan diskaun sehingga RM1,212 dengan baucar Lazada setiap hari bermula jam pukul 7 petang hingga 12 tengah malam.
Selain itu terdapat tawaran LazFlash dengan masa terhad dan Crazy Brand Mega Offers dengan diskaun hingga 90 peratus.
“Pengguna dapat jimat lebih lagi dengan tawaran menarik pada harga rendah RM0.12, RM1.20 dan RM120, meliputi pelbagai produk seperti alat permainan, hiasan rumah, makanan dan minuman, penjagaan diri, kosmetik, penjagaan kulit, peralatan dapur, pakaian dan keperluan asas.
“Bermula 8 hingga 14 Disember, pembeli boleh mendapatkan lebih banyak diskaun tambahan, termasuk diskaun 40 peratus untuk produk penjagaan kulit Kiehl, diskaun 30 peratus untuk alatan kecantikan serta patung koleksi PopMart dan 52 Toys termasuk Labubu, CryBaby dan LuLu The Piggy,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!