Editor, wartawan portal Indonesia kagum Sinar Harian terus konsisten

Zamri (lima dari kiri) bergambar bersama editor dan wartawan cakaplah.com ketika lawatan ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, pada Isnin.
Zamri (lima dari kiri) bergambar bersama editor dan wartawan cakaplah.com ketika lawatan ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengamal media terdiri daripada editor dan wartawan sebuah portal berita Indonesia mengadakan lawatan ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini pada Isnin.

Pimpinan Perusahaan cakaplah.com, Kholik Aprianto berkata, program itu bertujuan memberi pendedahan mengenai operasi produk Kumpulan Media Karangkraf terutamanya akhbar Sinar Harian.

Menurutnya, Sinar Harian adalah tempat terbaik untuk mereka belajar dan menimba ilmu dalam bidang kewartawanan memandangkan surat khabar itu sentiasa konsisten sehingga kini.

"Bukan mudah untuk pengamal media terutamanya surat khabar untuk terus bertahan dan mendapat sambutan orang ramai meskipun media cetak mengalami trend penurunan namun saya lihat Sinar Harian mampu melakukannya.

"Oleh sebab itu, saya bawa 11 kakitangan cakaplah. com untuk mendalami dan mempelajari cara mereka bekerja dan mengendalikan sesuatu perkara," katanya ketika ditemui.

Tambah Kholik, dalam masa sama kunjungan cakaplah. com dapat membina dan menjalinkan hubungan silaturahim antara kedua-dua negara.

Zamri (kiri) memberi penerangan kepada editor dan wartawan cakaplah.com ketika lawatan ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, pada Isnin.
Zamri (kiri) memberi penerangan kepada editor dan wartawan cakaplah.com ketika lawatan ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, pada Isnin.

Jelasnya, dia dan rakan-rakan berbangga kerana diberi peluang untuk melawat Karangkraf dan sangat teruja melihat persekitaran kawasan serta cara kerja yang diterapkan.

Artikel Berkaitan:

"Semoga hubungan yang terjalin ini dapat dikembangkan kepada jalinan usahasama dalam mengembangkan produk masing-masing.

"Mungkin kedua-dua pihak boleh berkongsi dari sudut kandungan video terutamanya mengenai isu serumpun.

"Ia perlu dilakukan segera kerana saya percaya kedua-dua pihak akan memperoleh kebaikan daripada kerjasama tersebut," ujarnya.

Hadir sama pada program tersebut ialah Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli dan Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!