Mayat budak lemas tersangkut di dasar sungai - Bomba

Mangsa ditemukan lemas di Sungai Kadamaian, Kampung Piasau, Kota Belud.
Mangsa ditemukan lemas di Sungai Kadamaian, Kampung Piasau, Kota Belud.
A
A
A

KOTA BELUD - Seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan lemas ketika mandi di Sungai Kadamaian ditemukan meninggal dunia dalam kejadian di Kampung Piasau di sini pada Ahad.

Mayat Lysbet Tom Jones, 10, ditemukan pada jam 8.53 pagi dalam keadaan tersangkut di dasar sungai ketika pencarian dilakukan oleh penduduk kampung.

Ahli keluarga berada di lokasi selepas mayat ditemukan di Sungai Kadamaian, Kampung Piasau, Kota Belud.
Ahli keluarga berada di lokasi selepas mayat ditemukan di Sungai Kadamaian, Kampung Piasau, Kota Belud.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.41 petang Sabtu.

Menurutnya, seramai 10 anggotanya dan lima anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Kota Marudu dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 11 kilometer dari BBP Kota Belud.

"Menurut pemanggil terdapat seorang kanak-kanak dikhuatiri lemas ketika mandi bersama tiga rakannya di sungai tersebut.

Mayat mangsa dibawa naik oleh pasukan bomba dari Sungai Kadamaian, Kampung Piasau, Kota Belud.
Mayat mangsa dibawa naik oleh pasukan bomba dari Sungai Kadamaian, Kampung Piasau, Kota Belud.

"Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa di lokasi, namun gagal sebelum disambung semula hari ini," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Beliau berkata, operasi pada Ahad turut disertai penduduk kampung sebelum mangsa ditemukan di sungai tersebut kira-kira 600 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa ditemukan pada kedalaman tiga meter di sungai tersebut dan dalam keadaan tersangkut.

"Mangsa disahkan telah meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!