DBKL sita barang perniagaan halang laluan

Barangan dan peralatan disita kemudiannya dihantar ke stor sitaan DBKL di Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras
Barangan dan peralatan disita kemudiannya dihantar ke stor sitaan DBKL di Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan tegas menyita barangan perniagaan menghalang laluan awam di sekitar Jalan Ampang Kiri, Jalan Cemur dan Jalan Tuanku Abdul Rahman di Bazar Sudirman di sini.

DBKL berkata, tindakan itu dilaksanakan melalui Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Titiwangsa yang melakukan sitaan terhadap barangan perniagaan diletakkan di tempat awam.

"Melalui tindakan khas ini, DBKL menjalankan sitaan dan pindah halangan menerusi peruntukan di bawah Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit Bangunan 1974.

Antara barangan yang disita termasuk kerusi, meja plastik dan kanopi
Antara barangan yang disita termasuk kerusi, meja plastik dan kanopi

"Tindakan diambil bagi memastikan kawasan awam sentiasa dalam keadaan teratur dan selamat.

"Antara barangan yang disita adalah kerusi, meja plastik, kanopi dan lain-lain peralatan yang diletakkan di pesiar kaki dan laluan awam," kata pihak berkuasa tempatan itu dalam kenyataan di laman Facebooknya.

Menurutnya, barangan dan peralatan terbabit kemudiannya dihantar ke stor sitaan DBKL di Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya.

"Tindakan dan pemantauan yang berterusan akan dijalankan menerusi siri tindakan khas di kesemua 11 Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur," tambah kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!