Saya masih sihat, kata Pele

Pele kini masih dalam keadaan sihat walaupun usianya akan mencecah 80 pada tahun ini. -Foto: CNN
Pele kini masih dalam keadaan sihat walaupun usianya akan mencecah 80 pada tahun ini. -Foto: CNN
A
A
A

BRAZIL - Legenda bola sepak Brazil, Pele menafikan kenyataan anaknya baru-baru yang menyatakan beliau mengalami kemurungan dan jarang meninggalkan rumah.

Pele atau nama sebenarnya, Edson Arantes do Nascimento dalam satu kenyataan memberi keyakinan kepada peminatnya bahawa beliau masih dalam keadaan sihat, lapor AFP.

“Terima kasih atas doa anda dan jangan bimbang. Saya sihat dan akan mencecah usia 80 pada tahun ini.

“Ada hari yang baik dan ada yang tidak, ini biasa bagi seseorang berusia seperti saya,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, anaknya, Edinho memberitahu bahawa bapanya kerap keluar masuk hospital sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana mengalami pelbagai masalah kesihatan.

“Pergerakannya agak lemah dan akibatnya beliau mengalami kemurungan. Beliau tidak pulih sepenuhnya daripada salah satu pembedahan yang menyebabkannya terpaksa bertongkat

"Bayangkan, dia pernah dianggap ‘Raja’, tetapi kini mengalami kesukaran untuk berjalan seperti biasa dan terasa malu mengenainya,” katanya dalam satu temu bual Isnin lalu.

Dalam pada itu, Pele sehingga kini masih memenuhi semua tuntutan pengiklan meskipun mempunyai jadual yang padat.

Artikel Berkaitan:

“Saya terima hakikat bahawa keupayaan fizikal saya terbatas dan cuba seboleh mungkin untuk meneruskan hidup,” katanya.

Bintang Brazil itu merupakan satu-satunya pemain yang telah memenangi tiga Piala Dunia iaitu pada tahun 1958, 1962 dan 1970.

Selepas mengalami kecederaan ketika bermain pada satu perlawanan, Pele kini menjalani kehidupan dengan hanya berbekalkan satu buah pinggang sahaja.