Polis nafi tular empat individu ditemukan mati dalam rumah

Tular tangkap layar yang memaklumkan empat individu mati di dalam rumah di Pasir Mas.
Tular tangkap layar yang memaklumkan empat individu mati di dalam rumah di Pasir Mas.
A
A
A

PASIR MAS - Polis menafikan dakwaan empat individu ditemukan mati dalam sebuah rumah di daerah ini sebagaimana tular di aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, hasil semakan di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan Pusat Kawalan Operasi Bersepadu (PKOB) tidak mempunyai maklumat berkait berita tersebut.

"Setakat ini semakan saya di PKTK dan PKOB tiada maklumat tentang perkara itu," katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini pada Sabtu.

Sebelum itu tular tangkap layar yang memaklumkan empat individu mati di dalam sebuah rumah di Pasir Mas.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!