Firmino lebih bagus berbanding Cantona, Bergkamp

Roberto Firmino
Roberto Firmino
A
A
A

PENYERANG Liverpool, Roberto Firmino dinilai lebih bagus dan berkualiti berbanding legenda Manchester United, Eric Cantona dan legenda Arsenal, Dennis Bergkamp.

Pemerhati bola sepak England yang juga jurucakap radio talkSports Adam Catterall berkata, jasa Firmino bersama The Reds sangat besar dan menjadi penyumbang utama kepada kebangkitan pasukan kendalian Jurgen Klopp itu dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Bergkamp adalah luar biasa. Cantona pula sememangnya dikenali dengan rekodnya sebagai salah seorang pemain paling penting yang pernah mencetuskan impak dalam EPL.

"Tetapi, jasa dan sumbangan mereka pada masa tersebut di Arsenal dan Manchester United. Sekarang, Firmino adalah untuk Liverpool. Itulah betapa pentingnya dia.

"Malah, saya yakin kemampuan dan kualiti lebih baik bakal dipamerkan Firmino berbanding Cantona dan Bergkamp," katanya.

Menurutnya, kelibat Firmino bersama Liverpool mungkin kurang diberikan perhatian kerana dibayangi kelibat Sadio Mane dan Mohamed Salah, namun pemain kelahiran Brazil itu tetap watak penting kepada The Reds.

"Tiada siapa yang boleh mempersoalkan kemampuan Firmino yang melengkapkan kombinasi antara dia Salah dan Mane. Ia faktor utama membuatkan Liverpool antara pasukan digeruni.

"Penyokong Liverpool akan mengatakan bahawa Virgil van Dijk adalah pemain paling penting. Itu betul. Tetapi di barisan serangan, Firmino antara pemain paling besar sumbangannya.

Artikel Berkaitan:

"Dia boleh membuat bantuan gol dan menjaringkan gol. Dia antara pemain sempurna," katanya.

Untuk rekod, Firmino telah menjaringkan 102 dalam 340 penampilan sejak memulakan karier profesionalnya pada 2009 bersama kelab Brazil, Figueirense FC ; kelab Jerman, TSG 1899 Hoffenheim dan juga Liverpool.

Manakala, Cantona telah menjaringkan 131 gol dalam 369 penampilan bersama beberapa pasukan sepanjang kariernya dan Bergkamp pula menjaringkan 201 gol dalam 552 penampilan buat Ajax Amsterdam, Inter Milan dan Arsenal.