Malaysia didakwa jadi mangsa perisian palsu CIA, BND

Malaysia didakwa disenaraikan antara negara yang membeli peranti penyulitan data (encryption) yang 'ditipu' daripada sebuah syarikat yang sudah ditutup dimiliki oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) dan Perkhidmatan Perisikan Jerman (BND).
Malaysia didakwa disenaraikan antara negara yang membeli peranti penyulitan data (encryption) yang 'ditipu' daripada sebuah syarikat yang sudah ditutup dimiliki oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) dan Perkhidmatan Perisikan Jerman (BND).
A
A
A

WASHINGTON - Malaysia didakwa disenaraikan antara negara pembeli peranti penyulitan data (encryption) yang ditipu daripada sebuah syarikat yang sudah ditutup, dimiliki Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) dan Perkhidmatan Perisikan Jerman (BND).

The Washington Post dalam satu laporan khasnya menyenaraikan bagaimana Agensi Perisikan Pusat AS (CIA) dan BND Jerman Barat secara rahsia memiliki syarikat Switzerland, Crypto AG sejak 1970-an.

Bukan sahaja kedua-dua agensi itu mendapat faedah dari segi kewangan daripada penjualan peranti itu kepada negara pelanggan malah secara sulit dapat menggunakan peralatan itu untuk mengumpulkan maklumat risikan dari negara sama.

"Firma Swiss membuat jutaan dolar menjual peralatan kepada lebih 20 negara sehingga abad ke-21. Pelanggannya termasuk Iran, junta tentera di Amerika Latin, India dan Pakistan, serta Vatican.

"Tetapi apa yang tidak diketahui pelanggannya adalah Crypto dimiliki secara rahsia oleh CIA dalam perkongsian yang sangat sulit dengan perisikan Jerman Barat dan tiada sebuah negara pun yang menyedari Crypto dikongsi bersama CIA-BND

"Agensi pengintip ini mengubah suai peranti syarikat supaya mereka dengan mudah dapat memecahkan kod yang digunakan negara itu ketika menghantar mesej yang dirahsiakan," tulisnya.

Selain Malaysia, negara yang melanggani Crypto merentas lima benua dan termasuk Indonesia, Jepun, Filipina, Korea Selatan, Thailand, Vietnam, Arab Saudi, Syria, Mesir, Ireland, Argentina, Brazil, Mexico dan Venezuela.

Di samping itu, antara negara sekutu yang diintip Amerika adalah negara anggota NATO seperti Turki, Greece, Sepanyol dan Itali

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, dilaporkan operasi perisikan itu yang didakwa dikenali sebagai 'Thesaurus' sebelum diubah menjadi 'Rubicon'.

Sementara itu, dua syarikat baharu, CyOne Security dan Crypto International membeli aset Crypto selepas syarikat berkenaan dicairkan pada 2018 namun menafikan mempunyai kaitan dengan mana-mana perkhidmatan perisikan.

Bagaimanapun, CyOne dikatakan mempunyai hubungan dengan syarikat lama termasuk menerusi ketua pegawai eksekutifnya yang memegang jawatan berkenaan selama lebih dua dekad sejak Crypto masih dimiliki CIA.

Selasa lalu, kerajaan Switzerland mengumumkan ia akan melancarkan siasatan terhadap kaitan Crypto AG dengan CIA dan BND. Awal bulan ini, ia menggantung lesen eksport Crypto International.

Bagaimanapun, timbul persoalan apabila dokumen yang mereka lihat membayangkan pegawai kerajaan Switzerland sudah pun mengetahui perkara itu sejak berdekad lalu dan hanya campur tangan selepas mengetahui pertubuhan berita berkenaan mahu mendedahkan perkara itu.