Bagasi penumpang dirampas bawa burung kering naik pesawat

Pihak berkuasa Amerika Syarikat bertindak merampas sebuah bagasi penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles, berhampiran Washington, Amerika Syarikat (AS) gara-gara membawa bungkusan berisi burung yang dikeringkan. FOTO : US Customs and Border Patrol

A
A
A
WASHINGTON - Pihak berkuasa Amerika Syarikat bertindak merampas bagasi penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles, berhampiran Washington, Amerika Syarikat (AS) gara-gara membawa bungkusan berisi burung yang dikeringkan.

Penumpang berkenaan yang menaiki pesawat dari Beijing, China dalam perjalanan ke Maryland mendakwa, paket berisi burung kering itu merupakan makanan kucing peliharaannya.

AS mengeluarkan larangan membawa masuk semua spesies burung ke negara itu sebagai langkah pencegahan kepada selesema burung di negara terbabit, lapor The Sun.

Berikutan itu, bagasi penumpang berkenaan telah dimusnahkan melalui kaedah pembakaran dengan kebenaran pihak berkuasa.

Terdahulu, penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang dikesan di bandar Wuhan telah berjangkit ke-29 negara.
Artikel Berkaitan:

Sehingga kini, wabak berkenaan telah mengakibatkan kematian seramai 1,114 orang dengan jumlah kes global yang dijangkiti virus itu lebih kurang 45,000 orang.