Tiga nelayan dikhuatiri hilang

Kedudukan terakhir tiga nelayan yang dilaporkan hilang malam semalam.
Kedudukan terakhir tiga nelayan yang dilaporkan hilang malam semalam.
A
A
A

GEORGETOWN - Tiga nelayan yang keluar menangkap ikan dengan menaiki sebuah bot dilaporkan hilang sejak malam semalam di kedudukan 8.0 batu nautika utara Muka Head di sini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, tiga nelayan terbabit ialah Muhamad Asmandi Awang, 32, Mohamad Shapie Ismail, 54, dan seorang warga Thailand, Ma-Useng Mama, 40, dan kesemua mereka berpangkalan di Tanjung Dawai.

“Mereka dikhuatiri hilang selepas bot yang dinaiki mengalami kerosakan enjin.

"Kita terus menggerakkan operasi mencari dan menyelamat mangsa sejurus menerima laporan mengenai kejadian itu dari Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Langkawi kira-kira jam 12 tengah malam semalam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Hamizan berkata, operasi mencari tiga nelayan berkenaan sedang giat dijalankan dan dikoordinasikan oleh MRSC Langkawi.

Katanya, selain APMM operasi berkenaan turut dibantu oleh Pasukan Polis Marin dan lima kumpulan sukarelawan nelayan dari Tanjung Dawai.

Artikel Berkaitan: