Skuad lelaki negara mula langkah kanan

Gandingan Sze Fei-Nur Izzuddin melengkapkan kemenangan bergaya skuad negara ke atas Kazakhstan.
Gandingan Sze Fei-Nur Izzuddin melengkapkan kemenangan bergaya skuad negara ke atas Kazakhstan.
A
A
A

SKUAD badminton lelaki negara memulakan aksi dengan langkah kanan apabila mudah mengatasi Kazakhstan 5-0 pada Badminton Berpasukan Asia 2020 di Manila Filipina hari ini.

Pada aksi pembukaan Kumpulan B di Kompleks Sukan Memorial Rizal, pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menyumbang mata pertama selepas menewaskan Dmitriy Panarin 21-6, 21-12.

Rentak cemerlang skuad negara diteruskan dengan aksi bertenaga dua lagi pemain perseorangan lelaki Cheam June Wei dan Leong Jun Hao, masing-masing menyingkirkan Artur Niyazov 21-15, 21-11 dan Khaitmurat Kulmatov 21-13, 21-13.

Beregu utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula hanya memerlukan 19 minit untuk meletakkan kem negara pada kedudukan selesa 4-0 selepas mengalahkan pasangan Artur Niyazov-Dmitriy Panarin 21-11, 21-11.

Gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani ternyata tidak mengecewakan apabila melengkapkan kemenangan 5-0 apabila menundukkan Nikita Bragin-Khaitmurat Kulmatov 21-9, 21-4.

Esok skuad lelaki negara akan berdepan India yang juga perlawanan penentuan juara kumpulan manakala skuad wanita yang diundi dalam Kumpulan W akan berdepan Jepun pada perlawanan pertama mereka. - Bernama

Artikel Berkaitan: