Kereta rempuh empat motosikal, dua penunggang maut

Keadaan kereta remuk teruk selepas merempuh empat buah motosikal.
Keadaan kereta remuk teruk selepas merempuh empat buah motosikal.
A
A
A

GEORGETOWN - Dua penunggang motosikal maut manakala seorang cedera selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Thean Teik di sini malam ini.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, kereta yang dipandu lelaki berusia 20 tahun dikatakan merempuh empat buah motosikal dan menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan raya.

Akibat kejadian itu, seorang wanita berusia 41 tahun dan lelaki berusia 58 tahun disahkan maut di tempat kejadian manakala seorang lelaki berusia 21 tahun cedera parah.

Motosikal mangsa yang dirempuh kereta.
Motosikal mangsa yang dirempuh kereta.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, ujian alkohol dan saringan air kencing terhadap pemandu kereta berkenaan sedang dijalankan dan pihaknya juga sedang mengenal pasti semua identiti mangsa yang terlibat.

"Kita masih menunggu hasil ujian darah dan air kencing pemandu kereta berkenaan, sekiranya positif kita akan pohon perintah reman di mahkamah esok untuk siasatan lanjut.

"Semakan yang dibuat mendapati lelaki berkenaan tiada rekod jenayah lampau namun dia mempunyai satu saman trafik berkaitan kes kemalangan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Soffian berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera turut dikejarkan ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.