Program My Best Buy
11 Februari 2020 04:22pm
Masa membaca: 4 minit
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Datuk Asmuni Awi (tiga, kiri) melawat gerai jualan sayur-sayuran pada program My Best Buy Fama sempena Le Tour De Langkawi 2020 (LTdL2020) di Bandar Meru Raya hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Datuk Zainal Abidin Yang Razalli (kiri) dan Pengarah FAMA Perak Anuar Mohamad (empat, kanan). - Foto Bernama
Peniaga Mohammad Zaidi Salleh Anuar menunjukkan ubi kayu yang dijual dengan harga RM3.50 sekilogram ketika ditemui pada program My Best Buy Fama sempena Le Tour De Langkawi 2020 (LTdL 2020) yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Datuk Asmuni Awi di Bandar Meru Raya hari ini. - Foto Bernama
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) optimis dapat mencapai sasaran jualan RM1 juta melalui program My Best Buy (MBB) yang diadakan sepanjang penganjuran LTdL 2020.