Tiga jam Syed Saddiq beri keterangan kepada polis

Syed Saddiq
Syed Saddiq
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis telah mengambil keterangan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi membantu proses siasatan berkaitan kekecohan ketika majlis Rapat Umum Armada di Ulu Tiram, Johor pada 31 Januari lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd Roze Shaari berkata, Menteri Belia dan Sukan itu telah dirakam percakapan di pejabatnya di Putrajaya bermula jam 9 pagi hari ini.

"Tiga jam kemudian, Pegawai Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) JSJ Bukit Aman selesai mengambil keterangan beliau," katanya ketika dihubungi Sinar Harian petang tadi.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 153 Kanun Keseksaan, Seksyen 352 Kanun Keseksaan dan Seksyen 357 Kanun Keseksaan.

Pada 1 Februari lalu, Syed Saddiq mendakwa terdapat kumpulan tidak diundang seramai kira-kira 200 orang tiba-tiba muncul di majlis rapat umum dihadirinya di Ulu Tiram dan melakukan provokasi.

Sehubungan itu, beliau terpaksa mengalah dan melompat pagar serta menggunakan ‘jalan tikus’ untuk mengelak kumpulan ‘penyerang’ berkenaan selepas dinasihat penganjur dan polis.

Polis kemudian menubuhkan pasukan siasatan khas untuk menyiasat dan mengenal pasti suspek insiden sekumpulan pemuda melakukan provokasi dan kekecohan itu.

Dalam kenyataan Timbalan Pengarah JSJ (Siasatan dan Perundangan) Bukit Aman, Timbalan Komisioner Datuk Salehhudin Abd Rahman memaklumkan tiga lagi lelaki berusia sekitar 30 tahun ditahan berhubung kejadian itu, menjadikan keseluruhannya enam orang sudah ditangkap bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, mereka dipercayai antara dalang yang memulakan kekecohan terhadap majlis berkenaan.