MB prihatin keluhan anak Negeri Sembilan di Kaherah

Menteri Besar (tengah) bersama sebahagian pelajar anak Negeri Sembilan yang belajar di Kaherah,Mesir.
Menteri Besar (tengah) bersama sebahagian pelajar anak Negeri Sembilan yang belajar di Kaherah,Mesir.
A
A
A

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminudin Harun mendengar keluhan anak-anak Negeri Sembilan yang sedang menuntut di Kaherah, Mesir terutama bagi permasalahan kediaman mereka.

Aminudin mengadakan lawatan rasmi ke Rumah Anak Negeri Sembilan di sana bersama delegasi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) untuk beliau melihat sendiri keadaan kediaman pelajar anak Negeri Sembilan yang menuntut di beberapa universiti di Mesir dan urusan bagi menambah baik kemudahan tersebut akan diuruskan oleh kerajaan negeri melalui MAINS.

"Keadaan rumah tersebut sememangnya perlu pembaikan demi keselesaan anak-anak Nismilan yang sedang belajar di Universiti Al Azhar dan Universiti Ain Syam.

"Kerja -kerja pembaikan yang perlu dilakukan untuk keselamatan dan keselesaan anak-anak ini, khususnya pembaikan lif, ruang memasak,'water proofing', perpaipan, pendawaian semula elektrik, serta kelengkapan perabot," katanya menerusi hantaran yang dibuat menerusi media sosial, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminudin Harun, hari ini.

Katanya, masalah yang dihadapi akan diambil tindakan segera demi keselesaan pelajar.

"Mudah-mudahan anak-anak Nismilan yang menginap di sini dapat meneruskan pembelajaran dengan lebih cemerlang dan gigih untuk terus berjaya," katanya.

Dalam pertemuan sama Aminudin sempat beramah mesra dan mendengar masalah pelajar terutama mengenai isu penginapan.

Artikel Berkaitan: