X

Kindly register in order to view this article
!

Kes panjat pagar: Polis ambil keterangan Syed Saddiq

Syed Saddiq dan beberapa pemimpin lain terpaksa memanjat pagar untuk melarikan diri daripada kumpulan yang didakwa menyerang ketika pertemuan di sebuah resort di Ulu Tiram, Johor baru- baru ini.
A
A

BATU PAHAT- Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan siasatan berhubung kes kekecohan dalam satu program Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), hujung bulan lalu dengan mengambil keterangan ketuanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terlebih dahulu.

Timbalan Pengarah Siasatan dan Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Deputi Komisioner, Datuk Salehhudin Abdul Rahman berkata, ia bagi melengkapkan siasatan kes kekecohan itu dan percakapan Menteri Belia dan Sukan tersebut dirakam di Bukit Aman dibantu oleh Unit Siasatan Khas PDRM.

Menurutnya, pemimpin lain yang turut terlibat dalam insiden kekecohan itu termasuk Ketua Bersatu Johor, Datuk Mazlan Bujang akan dirakam percakapan mereka selepas polis selesai mengambil keterangan Syed Saddiq.

"Bukit Aman merakam percakapan Syed Saddiq pagi ini. Selepas itu menyusul pemimpin-pemimpin Bersatu lain yang dilaporkan terlibat dalam insiden itu," katanya pada Majlis Perasmian Balai Polis Rengit di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Senior Asisten Komisioner Razimi Ahmad.

Dalam pada itu Salehhudin memberitahu, setakat ini PDRM sudah menahan enam individu berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan kes kekecohan tersebut.

Pada malam 31 Januari lalu, kira-kira 200 individu didakwa mencetuskan kekecohan dengan mengeluarkan kata-kata kesat, lucah dan ugutan terhadap Syed Saddiq ketika satu program tertutup di Ulu Tiram bersama Armada.

ARTIKEL BERKAITAN Dikepung 'gengster', Syed Saddiq terpaksa lari panjat pagar


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus