'Jersi Kedah ada di mana-mana'

Enam pemain Kedah memperagakan jersi baharu pada majlis pelancaran Kit Kedah 2020 di Football Republic Alor Setar hari ini. - Foto Arena Hijau Kuning
Enam pemain Kedah memperagakan jersi baharu pada majlis pelancaran Kit Kedah 2020 di Football Republic Alor Setar hari ini. - Foto Arena Hijau Kuning
A
A
A

ALOR SETAR - Lang Merah mempunyai jumlah penyokong cukup besar dan perkara itu dibuktikan apabila jersi ketiga skuad Lang Merah bagi musim 2020 telah habis dijual.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris berkata, sebanyak dua kali stok jersi ketiga yang digunakan Kedah bagi aksi Kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020 dikeluarkan, namun masih gagal menampung permintaan daripada orang ramai.

"Memang diakui pasukan Kedah mempunyai ramai peminat yang cukup besar di negeri ini. Sebelum ini kita melancarkan jersi ketiga, memang habis. Kita sasarkan dapat menjual sebanyak mungkin jersi pada tahun ini berbanding tahun lalu.

"Sokongan peminat kepada pasukan semakin meningkat. Boleh cari di mana-mana yang memakai jersi Kedah baik di sekolah, universiti dan pejabat-pejabat kerajaan. Tidak kiralah jersi lama ataupun yang baharu," katanya pada sidang media selepas Pelancaran Kit Kedah 2020 di Football Republic Alor Setar hari ini.

Sementara itu, Pengurus Besar Prestige Sports Sdn Bhd, Norita Md Noor berkata, kit Kedah itu mengekalkan tema warna hijau dan kuning yang melambangkan jelapang padi dan kedaulatan pada jersi ‘Home Kit’ turut mendapatkan inspirasi dari keunikan gunung-ganang di Kedah.

Menurutnya, garisan-garisan menegak yang tertera di jersi melambangkan kesetiaan para penyokong Kedah bersama dengan skuad kegemaran mereka manakala corak panah dinamik pula adalah simbol misi pasukan untuk berada di kemuncak Liga Super Malaysia 2020.

"Satu kejayaan besar buat KFA dan pihak Lotto Malaysia pada musim lepas apabila dinobatkan sebagai juara Piala FA dan kami berharap tahun ini kita dapat meraih lagi kejayaan seperti musim lalu,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: