Tiga lembu disumbat dalam MPV

Tiga ekor lembu yang disumbat dalam MPV berada dalam keadaan lemah dipercayai kesan ubat pelali.
Tiga ekor lembu yang disumbat dalam MPV berada dalam keadaan lemah dipercayai kesan ubat pelali.
A
A
A

PEKAN - Tiga ekor lembu ditemui dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Odyssey yang ditinggalkan di Jalan Kilang A, Chini 3 di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Razli Mohd Yusof berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan MPV mencurigakan itu pada jam 7.30 pagi sebelum anggota dari Balai Polis Chini ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kenderaan tanpa nombor pendaftaran itu dipercayai ditinggalkan pemandunya selepas mengalami kerosakan pada bahagian tayar, manakala siasatan ke atas kenderaan tersebut mendapati lembu dipercayai dicuri di sekitar kawasan berkenaan berada dalam keadaan lemah kesan ubat pelali.

"Pihak polis membuat pemantauan kira-kira 30 minit, namun tiada kelibat individu mencurigakan muncul di kawasan lokasi kenderaan yang ditinggalkan itu.

"Penemuan haiwan itu dimaklumkan kepada penduduk untuk mengesan pemiliknya sebelum seorang lelaki berusia 65 tahun dari Felda Chini 2 tampil mengaku sebagai pemilik haiwan tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Honda Odyssey yang ditinggalkan pemandunya kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Honda Odyssey yang ditinggalkan pemandunya kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.

Mohd Razli berkata, haiwan tersebut diserahkan semula kepada pemiliknya untuk dirujuk kepada pihak veterinar.

Artikel Berkaitan:

"Kenderaan yang dipercayai dari negara jiran itu dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan untuk siasatan lanjut," katanya.