Fenomena burung hijrah cetus persoalan

Fenomena ratusan burung hijrah menjadikan kawasan sawah padi di Kampung Gintong, di sini sebagai lokasi persinggahan sejak minggu lalu.
Fenomena ratusan burung hijrah menjadikan kawasan sawah padi di Kampung Gintong, di sini sebagai lokasi persinggahan sejak minggu lalu.
A
A
A

JERANTUT - Fenomena ratusan burung hijrah yang menjadikan kawasan sawah padi di Kampung Gintong, di sini sebagai lokasi persinggahan sejak minggu lalu menimbulkan persoalan dalam kalangan penduduk kampung itu yang pertama kali berdepan situasi berkenaan.

Burung berkenaan memenuhi kawasan sawah padi tersebut dari awal pagi hingga Maghrib, sebelum hinggap di dahan pokok berhampiran pada waktu malam.

Seorang penduduk, Taufik Mansor, 45, berkata, kehadiran spesies tersebut di kawasan berkenaan dilihat kian bertambah berbanding minggu lalu dan dianggarkan kira-kira 600 ekor memenuhi kawasan dan berterbangan di sekitar kawasan sawah padi sehingga menimbulkan suasana unik.

"Kawasan sawah padi ini kini seperti pesta bila penduduk kampung dan orang luar mula datang ke kawasan sawah padi untuk melihat pemandangan tersebut, selain mengambil gambar sebagai kenangan.

"Sebelum kehadiran burung hijrah ini, hanya kelihatan beberapa ekor burung bangau berwarna putih mencari ikan atau siput di kawasan sawah padi itu. Burung ini seperti bangau juga cuma bersaiz lebih besar dan warnanya tidak putih sepenuhnya dan berwarna hitam di bahagian ekornya," ujarnya.

Kehadiran burung hijrah di kawasan sawah padi kampung itu menjadi tumpuan penduduk dan masyarakat sekitar.
Kehadiran burung hijrah di kawasan sawah padi kampung itu menjadi tumpuan penduduk dan masyarakat sekitar.

Menurutnya, burung-burung terbabit dipercayai berada di kawasan berkenaan untuk mencari makanan sebelum terbang ke kawasan lain.

Rakannya, Mohd Hanafiah Che Tengah, 46, berkata, pada awalnya penduduk menyangka kehadiran burung yang berterbangan itu ialah spesies helang yang hendak mencari anak ayam.

Artikel Berkaitan:

“Bagaimanapun, sebaik burung-burung itu turun ke sawah, ia kelihatan seperti bangau tetapi lebih besar, selain mempunyai kaki dan paruh lebih panjang.

"Pada waktu siang, burung itu dapat dilihat berada di kawasan berair untuk mencari ikan selain hinggap di pokok berdekatan dan kelihatan tidak ganas atau mengganggu penduduk,” katanya.

Mohd Hanafiah turut berkongsi maklumat mengenai pembacaannya di media bahawa burung berkenaan berasal dari India dan Bangladesh serta pernah berada di beberapa lokasi di Malaysia sebelum ini.