[VIDEO] Wanita mengamuk kereta ditarik

Tangkapan layar video memaparkan seorang wanita mengamuk selepas kereta miliknya ditarik oleh PBT.
Tangkapan layar video memaparkan seorang wanita mengamuk selepas kereta miliknya ditarik oleh PBT.
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan seorang wanita yang mengamuk ketika kereta miliknya ditarik oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) mengundang pelbagai reaksi netizen.

Video yang dikongsi oleh @TurmalinFT melalui laman Twitter miliknya memaparkan seorang wanita bertindak agresif terhadap penjawat awam yang mahu menarik keretanya selepas didapati diparkir di kawasan yang dilarang.

Wanita itu juga dilihat meludah seorang orang awam yang cuba menenangkannya dan turut bertindak membaling kon.

Perkongsian video yang tidak diketahui di mana lokasinya tular di media sosial dengan meraih 2,500 tontonan hanya dalam masa sejam selepas dimuatnaik oleh @TurmalinFT.

Rata-rata netizen mengecam tindakan wanita tersebut yang disifatkan mengganggu tugas penjawat awam.

Namun ada di kalangan netizen yang bersimpati dengan wanita terbabit.

“Bukan aku tak kesian tapi cara yang dilakukan wanita ini salah. Dah tugas lelaki itu tarik kereta kau sebab kau parkir kereta tempat yang tak boleh parkir. Jadi, terima sahajalah kesalahan pergi bayar denda dah boleh keluar dah kereta itu, kan lebih senang,” tulis Hafiz Asyraf di Twitter.

@mazmin12 pula memberitahu, “Hidup sekarang ramai yang menghadapi tekanan...tak ada orang yang nak memalukan diri sendiri sampai macam itu sekali. Kesian kakak ini. Yang abang-abang itu pun kesian, bertabahlah."

Artikel Berkaitan: