KPDNHEP kompaun peniaga naikkan harga topeng muka

Alauddin (baju putih) dan Iskandar Halim (tiga dari kiri) ketika ditemui pemberita dalam lawatan di sebuah kilang pembuatan topeng muka Cross Protection di Klang hari ini.
Alauddin (baju putih) dan Iskandar Halim (tiga dari kiri) ketika ditemui pemberita dalam lawatan di sebuah kilang pembuatan topeng muka Cross Protection di Klang hari ini.
A
A
A

KLANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan kompaun bernilai RM21,700 sepanjang operasi pemeriksaan penjualan topeng muka sejak 25 Januari lalu.

Timbalan Ketua Setiausaha KPNDHEP, Dr Alauddin Sidal berkata, pemeriksaan itu dibuat susulan penerimaan 31 aduan daripada orang awam.

Menurutnya, sebanyak 1,314 pemeriksaan telah dilaksanakan sepanjang tempoh itu dan daripada jumlah itu telah mengambil tindakan kepada sembilan buah premis dan membuat rampasan topeng muka bernilai RM3,475.50.

"Selain itu, kita telah mengeluarkan kompaun berjumlah RM21,700 yang mana sembilan kertas siasatan dibuka mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011)," katanya kepada pemberita selepas lawatan ke kilang pembuatan topeng muka Cross Protection (M) di sini hari ini.

Alauddin berkata, antara kesalahan yang dikesan adalah premis terbabit menjual topeng muka dengan harga tidak sepatutnya.

Mengulas lanjut, mengulas lawatannya ke kilang Cross Protection bersama pegawai KPDNHEP, Alauddin berkata, ia bertujuan bagi membincangkan dan memahami dengan lebih dekat proses pengeluaran kapasiti topeng muka susulan aduan yang diterima pihaknya tentang kurangnya kapasiti terbabit di pasaran.

"Hasil perbincangan kita dapati syarikat ini berpotensi mengeluarkan sebanyak 400,000 keping topeng muka sehari dan akan menambahnya sebanyak 100,000 keping lagi untuk kegunaan masyarakat.

"Masyarakat tidak perlu bimbang kerana kerajaan akan memastikan bekalan ini sentiasa mencukupi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan bahawa terdapat pembelian topeng muka secara banyak sebelum menjual semula secara online oleh individu tidak bertanggungjawab dengan harga yang berlipat kali ganda.

"Kita akan siasat dakwaan itu dan sekiranya dikesan, tindakan tegas akan menanti mereka," katanya.