Lelaki guna 99 telefon pintar, cipta 'jalan sesak' di Google Maps

Weckert menggunakan 99 telefon pintar untuk memperdayakan Google Maps. - Foto Simon Weckert
Weckert menggunakan 99 telefon pintar untuk memperdayakan Google Maps. - Foto Simon Weckert
A
A
A

BERLIN - Seorang lelaki berjaya memperdayakan aplikasi Google Maps dengan mencetuskan kesesakan jalan raya di laluan yang lengang.

Simon Weckert mengaktifkan Google Maps secara serentak menggunakan 99 telefon pintar hasil pinjaman daripada rakan, selain menyewa di sebuah kedai telefon terpakai, lapor CNN

Melalui laporan tersebut, kesemua telefon itu diletakkan di dalam sebuah kereta sorong dan Weckert bertindak menarik kereta sorong itu ke beberapa jalan sekitar Berlin.

Paling menarik jalan itu menempatkan pejabat Google.

Selang beberapa minit, peta jalan pada asalnya lengang bertukar merah, menandakan jalan tersebut sesak di Google Maps.

Keadaan itu menimbulkan pelbagai persoalan ramai, namun lelaki dipercayai artis itu enggan memberitahu bagaimana dia berbuat demikian dan ada kemungkinan dia sebenarnya cuma berbohong.

Perkara tersebut menunjukkan bahawa apa sahaja boleh dilakukan dengan teknologi.

Weckert memberitahu CNN, idea tercetus selepas menghadiri demonstrasi jalanan di Berlin dan melihat bagaimana individu berkumpul membuat 'aliran trafik maya' di Google Maps ketika mereka berarak secara perlahan di jalan raya.

Artikel Berkaitan: