Touch 'n Go tidak boleh guna, lelaki bergaduh dengan pekerja tol

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki bergaduh dengan pekerja tol di Plaza Tol Perling di sini Ahad lalu, kerana tidak berpuas hati kad Touch 'n Go miliknya gagal digunakan meskipun bakinya mencukupi.
Menurut Ketua Polis Johor Bahru Utara, Balveer Singh Mahindar Singh, pihaknya menerima laporan berkaitan kes berkenaan daripada kedua-dua lelaki terbabit pada jam 10.11 pagi, Isnin.
Malah katanya, pihak polis juga mengesan satu video yang tular di laman sosial X menggunakan akaun @update11111 memaparkan kejadian gaduh melibatkan dua lelaki berkenaan.
“Hasil siasatan polis mendapati insiden pergaduhan melibatkan dua lelaki berusia 30-an itu berlaku pada Ahad sekitar jam 1.15 tengah hari di pondok tol Plaza Perling menghala ke Iskandar Puteri.
“Seorang lelaki berusia 35 tahun mendekati penjaga tol kerana tidak berpuas hati apabila kad Touch 'n Go melalui kad pengenalannya tidak dapat digunakan walaupun terdapat baki wang yang mencukupi untuk melepasi palang tol.
“Akibatnya, perselisihan faham dan pergelutan berlaku antara lelaki berkenaan dan penjaga tol di situ hingga menyebabkan orang ramai yang berada di lokasi meleraikan pergaduhan tersebut,” katanya.
Akibat pergaduhan tersebut, kedua-dua lelaki berkenaan mengalami kecederaan ringan di bahagian badan dan muka.
Kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan iaitu seksaan kerana melakukan gaduh gempar.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Gagal keluarkan duit, lelaki rosakkan mesin perbankan, cederakan orang awam
01 November 2026 10:24pmDua kanak-kanak didakwa dikasari wanita di pusat beli-belah
01 November 2026 09:47pmLelaki hilang, dua selamat bot terbalik
01 November 2026 09:29pmWanita maut motosikal rempuh kereta buat pusingan U
01 November 2026 09:19pm'Niat ke klinik hanya mahu MC, sekali disahkan kanser tahap tiga'
01 November 2026 11:42amMPV dinaiki empat sekeluarga dihempap lori tar, dua maut
01 November 2026 06:15pmPenyampai radio, DJ Akhiey meninggal dunia ketika dapat rawatan di hospital
01 November 2026 08:20pmSuami orang, rakan sekerja dicekup berkhalwat di resort
01 November 2026 11:33am- Iklan -- Iklan -
