[RASMI] BN kekalkan kerusi Mahkota dengan majoriti 20,648 undi

SHAH ALAM - Selepas kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dan Nenggiri, parti itu sekali lagi berjaya mengungguli PRK Mahkota.
Calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah menang dengan majoriti sebanyak 20,648 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar, 61.
Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi PRK Mahkota, Azurawati Wahid di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini pada Sabtu.
Secara keseluruhan, Ketua Pemuda UMNO Kluang itu memperoleh undian sebanyak 27,995 undi sementara Mohamad Haizan, 7,347.
Peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 53.84 peratus sementara undi ditolak berjumlah 339 undi.
PRK Mahkota diadakan selepas penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, meninggal dunia pada 2 Ogos lalu.
Pada pilihan raya negeri 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon PH (Pakatan Harapan) PN dan Warisan.
Secara keseluruhan terdapat 66,318 pengundi berdaftar bagi DUN Mahkota dengan pengundian awal bagi anggota tentera dan pasangan serta polis telah berlangsung pada Selasa, melibatkan 4,437 pengundi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah mengeluarkan kertas 607 undi pos pada 15 Sept dan melantik 1,126 petugas bagi mengendalikan proses PRK itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Penggantungan PN: Bersatu Pahang dakwa tuduhan Pas, Wawasan cuba raih simpati
24 September 2026 08:18pmLima soalan untuk MB Negeri Sembilan - Tengku Zafrul
24 September 2026 07:09pmStatus PN digantung RoS tidak beri kesan kepada BN - Ab Rauf
24 September 2026 06:52pmPRN Melaka: 'Rundingan BN Plus belum bermula, sabar sikit' - Ab Rauf
24 September 2026 05:42pmSuri rumah maut: Sempat beritahu suami kaki dicucuk dari bawah rumah, pisau ditemui di kebun
24 September 2026 09:29amKetua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan
24 September 2026 07:39amSuri rumah maut dibunuh: Suami, anak direman bantu siasatan
24 September 2026 10:50amIbu maut, empat anak cedera nahas dua kenderaan
24 September 2026 11:33am- Iklan -- Iklan -
