Penyelaras Parlimen, Pengerusi Jawatankuasa MTPN Pahang dilantik

Saifuddin Abdullah
Saifuddin Abdullah
A
A
A

KUANTAN - Enam penyelaras Parlimen dan 11 Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Negeri Pahang dilantik berkuatkuasa 30 Januari lalu.

Pelantikan tersebut atas arahan Jemaah Menteri pada 9 Januari 2020.

Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPN) Pahang, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pelantikan Penyelaras Parlimen itu bagi kawasan Parlimen yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum ke 14.

Menurutnya, M Manogaran dari DAP dilantik sebagai Penyelaras Parlimen Cameron Highlands manakala Datuk Badarudin Abd Rahman (Bersatu) bagi Parlimen Lipis.

Sementara itu katanya, Wan Mohd Shaharir Wan Abd Jalil (Bersatu) dilantik bagi Parlimen Jerantut dan Mohamad Rafidee Hassan (Bersatu) sebagai Penyelaras Parlimen Kuala Krau.

"Zakaria Abd Hamid dari PKR dilantik Penyelaras Parlimen Bera dan Sitarunisah Ab Kadir (PKR) bagi Parlimen Rompin.

"Penyelaras Parlimen bagi kawasan Parlimen Pekan, Paya Besar dan Maran akan dilaksanakan kemudian," katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Saifuddin berkata, bagi Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah untuk 11 daerah di negeri ini, lapan dilantik dalam kalangan ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pengarah Pembangunan Negeri dan Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri.

Artikel Berkaitan:

Beliau yang juga Menteri Luar Negeri dan Ahli Parlimen Kuantan menerajui jawatankuasa itu bagi daerah Kuantan manakala Timbalan Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Mohd Anuar Mohd Tahir dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Temerloh," katanya.

Menurut beliau, Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack dilantik menerajui Bentong, Pengarah Pembangunan Negeri Pahang, Datuk Zulkifli Yaacob (Maran, Jerantut dan Lipis ), Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Pahang, Noorzila Manaf (Pekan dan Rompin), ADUN Triang, Leong Yu Man (Bera), Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Raja Puji (Raub) dan ADUN Tanah Rata, Chiong Yoke Kong ( Cameron Highlands).