Dua rentung dalam kebakaran di Matu Daro

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Seorang wanita warga emas dan seorang orang kelainan upaya (OKU) rentung dalam yang memusnahkan dua buah rumah di Kampung Sekaan Kecil, Matu Daro di Mukah, kira-kira 660km dari sini awal pagi.

Mayat Sedah Sahari berumur 80-an dan OKU yang dikenal pasti sebagai Remlah Mesie, 50-an, ditemui di bahagian ruang tamu salah sebuah rumah yang terbabit pada jam 4.20 pagi selepas kebakaran itu berjaya dipadamkan.

Seorang lagi penghuni rumah itu, Abdul Razak Mesie, 40-an, mengalami sesak nafas dan empat lagi mangsa dari sebuah lagi rumah yang terlibat berjaya menyelamatkan diri dalam insiden yang dilaporkan pada jam 2.09 pagi, menurut maklumat dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak.

Kedua-dua mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sepasukan lapan orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Daro bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan namun mendapati kedua-dua rumah itu musnah sama sekali sewaktu tiba di lokasi. - Bernama

Artikel Berkaitan: