Polis tahan enam individu, rampas dadah bernilai RM288,000

Dadah yang dirampas dalam serbuan polis di sebuah unit pangsapuri Jalan Cheras Hartamas,Selangor Sabtu lalu.
Dadah yang dirampas dalam serbuan polis di sebuah unit pangsapuri Jalan Cheras Hartamas,Selangor Sabtu lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR- Polis merampas dadah bernilai RM 287,080 dengan tertangkap enam individu yang terlibat dalam sindiket pengedaran dadah di Lembah Klang, Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Adnan Azizon berkata, sepasukan anggota telah menyerbu ke sebuah unit pangsapuri di Jalan Cheras Hartamas,Selangor.

"Hasil serbuan polis menahan lima individu berusia 16 hingga 38 tahun dan merampas pelbagai jenis dadah antaranya ketamin (102 gram),pil erimin (130 biji) dan serbuk ecstasy (2630 gram).

"Polis turut menyita wang tunai RM 2,999 yang turut ditemui di dalam unit pangsapuri berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau tindakan diambil dengan tertangkapnya suspek berusia 33 tahun yang memiliki syabu di dalam kereta yang dipandunya di Jalan Persiaran Lemak Cheras di sini kira-kira jam 8 malam hari yang sama.

Menurutnya, kesemua indvidu terbabit direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan: