Peralihan kuasa: Takiyuddin bebas beri pandangan, kata Saifuddin

 Saifuddin Nasution Ismail
Saifuddin Nasution Ismail
A
A
A

PUTRAJAYA - Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan bebas memberi pandangan berhubung sokongan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam transisi peralihan kuasa jawatan itu.

Biarpun dianggap sebagai 'kurang ajar', Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau tetap menyokong Dr Mahathir sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

"Itu yang membezakan saya dengan beliau di mana Takiyuddin menyokong Datuk Seri Najib Razak yang dikaitkan dengan pemerintahan kleptokrat dan hanya mengubah (sokongan) terhadap Dr Mahathir setelah pemerintahan bertukar," katanya.

Saifuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Saifuddin yang dilihat kurang ajar terhadap Dr Mahathir.

Terdahulu, Saifuddin hadir dalam sesi ramah mesra bersama rakan strategik kepenggunaan KPDNHEP di kementeriannya di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: