Tesco Malaysia ceriakan 400 warga emas

Kakitangan Tesco membersihkan rumah kebajikan yang dikunjungi sempena Tahun Baru Cina.
Kakitangan Tesco membersihkan rumah kebajikan yang dikunjungi sempena Tahun Baru Cina.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Golongan kurang bernasib baik tidak dilupakan Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco Malaysia) yang menyampaikan sumbangan dan mengadakan gotong-royong membersihkan enam rumah kebajikan di seluruh negara.

Pengarah Perkhidmatan Korporat Tesco Malaysia, Azliza Azmel berkata, program komuniti sempena Tahun Baru Cina disertai 120 kakitangan Tesco itu bermula di Pulau Pinang pada 10 Januari lalu iaitu di Rumah Orang Tua Uzur Pulau Pinang dan Persatuan Syukur Penyayang Pulau Pinang.

Menurutnya, destinasi seterusnya ialah House of Joy dan Pusat Kebajikan Kalvari di Johor yang dikunjungi pada 14 Januari lalu.

“Destinasi terakhir ialah Pusat Penjagaan Warga Emas Tong Sim dan Persatuan Kebajikan dan Sosial Kim Loo Ting di Kuala Lumpur 22 Januari lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.

Sebanyak 200 set GOP disumbangkan kepada enam rumah kebajikan di seluruh negara sempena Tahun Baru Cina.
Sebanyak 200 set GOP disumbangkan kepada enam rumah kebajikan di seluruh negara sempena Tahun Baru Cina.

Beliau berkata, Tesco Malaysia percaya bahawa setiap bantuan kecil membawa perbezaan besar dan pihaknya berharap kerja pembersihan yang dilakukan, makanan disumbangkan dan masa diperuntukkan akan membawa keceriaan kepada 400 warga emas yang menghuni enam rumah kebajikan terbabit.

Katanya, 200 set makanan kemakmuran atau Gift of Prosperity (GOP) diedarkan pada program yang dilaksanakan sejak enam tahun lalu itu.

Artikel Berkaitan:

“GOP merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) terbaharu Tesco Malaysia yang dilaksanakan dengan kerjasama Kechara Soup Kitchen (Kechara),” katanya.