Wanita maut digilis bas

Mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 440.9 Lebuhraya Utara Selatan arah Sungai Buaya ke Rawang malam tadi.
Mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 440.9 Lebuhraya Utara Selatan arah Sungai Buaya ke Rawang malam tadi.
A
A
A

RAWANG - Seorang wanita maut digilis bas selepas motosikal ditungganginya terbabas dalam kejadian di Kilometer 440.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Sungai Buaya ke Rawang di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari'at berkata, dalam kejadian pada jam 12.45 tengah malam itu, mangsa, Nur Azwein Farisha Azrul Hisyam, 20, disahkan maut di lokasi kejadian.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Yahama Ego melanggar sebuah kereta jenis Hyundai Accent yang berada di lorong kecemasan.

"Pelanggaran itu menyebabkan mangsa terbabas di lorong tengah lebuh raya sebelum dilanggar sebuah bas.

"Motosikal mangsa yang tersangkut di bahagian hadapan bas telah diseret. Mangsa yang turut digilis mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman berkata, tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan siasatan masih dijalankan.

Artikel Berkaitan: