Puteri Sarah sudah 'move on'
PELAKON, Puteri Sarah Liyana, menegaskan dia tidak lagi mahu terlibat dalam sebarang isu yang melibatkan bekas suaminya, Syamsul Yusof, yang bercerai dengan Ira Kazar pada Khamis lalu.
Katanya, apa yang terjadi dalam kehidupan bekas suaminya adalah takdir yang telah ditentukan, dan menolak dakwaan bahawa beliau telah 'menang' susulan perpisahan itu.
“Saya anggap ini adalah takdir dan itu bukanlah satu kemenangan sebab saya sudah tidak ada kena mengena lagi dalam cerita ini. Dah lama dah saya tak ada dalam cerita ini.
"Jadi, saya tak nak beri komen lebih-lebih sangat,” katanya kepada portal media baru-baru ini.
Sarah menekankan keutamaannya sekarang adalah meneruskan kehidupannya dengan tenang, dan bukan dikaitkan dengan penerbit filem Mat Kilau itu.
“Berbadan dua cari saya, cerai cari saya. Saya dah setahun lebih dah move on. Saya tak nak ada kena mengena dah dalam hal ini. Itu hal mereka.
“Saya dah ada kehidupan baharu. Bahagian mereka pun sudah berakhir. Jadi saya nak enjoy sahaja. Jangan kaitkan saya, kesian saya," katanya.
Syamsul dan Ira sah bercerai dengan talak satu pada 5 September lalu setelah berlaku pelanggaran lafaz taklik sebanyak lima kali sepanjang perkahwinan mereka. - Awani