Tiga maut nahas pacuan empat roda

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Tiga maut dalam nahas jalan raya yang membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kampung Tuntul, Jalan Pan Borneo, Papar malam tadi.

Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata, kemalangan pada jam 8.30 malam itu membabitkan kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger dan Mitsubishi Pajero Sport.

"Tiga lelaki yang maut dalam kejadian itu menaiki kenderaan Ford Ranger manakala dua lagi lelaki yang terlibat dalam kemalangan itu masing-masing mengalami kecederaan parah dan cedera ringan.

"Sembilan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.40 malam,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: