Polis mohon maklumat individu guna papan luncur di jalan raya

BALIK PULAU - Polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung tindakan seorang individu menggunakan papan luncur di Jalan Tun Sardon di sini untuk tampil membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu boleh menghubungi Bilik Gerakan Polis Barat Daya di talian 04-8664122 atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Noor Amera Mohd Nawi di talian 013-3312026.
"Polis memandang serius isu ini kerana tindakan individu tersebut membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Kaedah-kaedah Kawalan Lalulintas Jalan Raya (Larangan Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti) 2021," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Kamarul menambah, pada jam 9.40 malam Jumaat, polis mengesan satu klip video berdurasi 47 saat memaparkan aksi seorang individu menggunakan papan luncur di jalan raya yang berbukit.
Klip video itu dimuat naik oleh pemilik Facebook yang menggunakan nama @Arief Why Pocong Pocong.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Kehabisan wang ketika bercuti, rakyat Malaysia samun, rempuh polis di Batam
09 November 2026 04:19pmRibut petir, hujan lebat di tiga negeri
09 November 2026 03:01pmIbu buang mayat bayi dalam longkang dipenjara tiga bulan
09 November 2026 01:32pmLelaki OKU mental lari selepas gagal padam kebakaran rumah
09 November 2026 12:43pmIsa Isarb ditahan di Indonesia ketika buat dokumentari jerebu, disyaki perisik dari Malaysia
08 November 2026 08:04pmKereta peronda dinaiki dua anggota polis terbabas elak monyet
08 November 2026 08:31pmOperasi padam kebakaran hutan Indonesia bertukar tragedi, helikopter kedua terhempas
08 November 2026 05:32pmAmaran hujan berterusan tahap buruk, waspada di empat negeri hingga Rabu
09 November 2026 03:12pm- Iklan -- Iklan -

