UMNO nafi terlibat, dakwa Syed Saddiq sengaja cetuskan provokasi

Fauzi
Fauzi
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pemuda UMNO Bahagian Tebrau mendakwa Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sengaja mencetuskan provokasi apabila mengaitkan UMNO dalam insiden kekecohan yang berlaku pada majlis pertemuan sayap parti itu di sebuah resort di Ulu Tiram semalam.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tebrau, Fauzi Faizal berkata, perkara itu juga dilihat langsung tidak relevan kerana setiap acara membabitkan seorang menteri semestinya mempunyai kelulusan polis sekali gus ada pemantauan yang dibuat.

Beliau berkata, sama ada sandiwara atau sebagainya, masyarakat pastinya sudah boleh menilai apa yang berlaku apatah lagi video kekecohan berkenaan juga telah tersebar di media sosial.

“Syed Saddiq telah mengeluarkan kenyataan bahawa kumpulan ini adalah samseng dari luar dan bukan dari Armada. Ada beberapa perkara menarik yang kita perlu ambil perhatian di sini.

“Pertama, setakat video insiden yang tular, kumpulan anak muda ini hanya menghalau Syed Saddiq. Jika kumpulan ini bukan dari Armada, penyokong Bersatu ataupun Pakatan Harapan (PH), mereka akan halau semua keluar dan tidak benarkan mereka berkumpul di situ.

“Kedua, kumpulan anak muda ini datang dan makan bersama-sama dengan ahli Armada yang lain sebelum acara mula. Mereka hanya mula melancarkan provokasi semasa Syed Saddiq berucap, yang mana ucapan beliau bukanlah yang pertama,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Fauzi berkata, dakwaan Menteri Belia dan Sukan yang mengatakan beliau dikepung individu berbaju hitam juga dilihat tidak tepat kerana menerusi video yang tular, terdapat juga pencetus provokasi yang memakai baju berwarna merah.

“Tidak semua dalam kumpulan anak muda ini berbaju hitam seperti dakwaan Syed Saddiq. Malah beberapa individu yang kelihatan seperti mengetuai provokasi ini memakai baju merah.

Artikel Berkaitan:

“Jelas, ini bukan sesuatu yang dirancang (memakai baju hitam) tetapi ia adalah manifestasi suara akar umbi,” katanya.

Sehubungan itu, Fauzi berkata, Pemuda UMNO Bahagian Tebrau menafikan penglibatan ahli mereka dalam merancang, melibatkan diri dalam insiden berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN Dikepung 'gengster', Syed Saddiq terpaksa lari panjat pagar