Dua rakan maut motosikal terbabas

Dua rakan maut selepas motosikal dinaiki terbabas di Jalan Bangsar dari arah stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) menghala Bangsar, awal pagi tadi.
Dua rakan maut selepas motosikal dinaiki terbabas di Jalan Bangsar dari arah stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) menghala Bangsar, awal pagi tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua rakan maut selepas motosikal dinaiki terbabas di Jalan Bangsar dari arah stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) menghala Bangsar di sini awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian jam 2.10 pagi itu, mangsa yang maut ialah Muhammad Aiman Mohd Zaki, 21, dan Muhammad Nu'iman Sufian, 14.

Menurutnya, siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha 135LC yang ditunggang Muhammad Aiman hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan.

Mangsa disahkan maut dalam kemalangan awal pagi tadi.
Mangsa disahkan maut dalam kemalangan awal pagi tadi.

"Pelanggaran menyebabkan Muhammad Aiman tercampak di lorong jalan sebelah manakala pembonceng, Muhammad Nu'iman terhantuk pada tiang konkrit di tengah pembahagi jalan.

"Kedua-dua mangsa yang juga pekerja swasta dan pelajar mengalami kecederaan parah itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Katanya, kedua-dua mangsa mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat kes di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: