Dua beranak maut ketika melintas di Lebuh AMJ

Kedua-dua buah kenderaan terbakar dalam kemalangan yang meragut dua nyawa di Kilometer 5, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Batu Gajah di sini petang tadi.
Kedua-dua buah kenderaan terbakar dalam kemalangan yang meragut dua nyawa di Kilometer 5, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Batu Gajah di sini petang tadi.
A
A
A

JASIN - Dua beranak maut selepas motosikal ditunggangi mereka dirempuh sebuah kereta di Kilometer 5, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Batu Gajah di sini petang tadi.

Dalam kejadian jam 3.30 petang, Moharam Sabtu,62, bersama anaknya, Nurul Akilah Moharam,15, yang datang dari arah Batu Gajah meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, kemalangan dipercayai berlaku selepas motosikal jenis Yamaha Lagenda ditunggangi dua beranak itu menyeberang jalan di lokasi kejadian sebelum dirempuh sebuah Toyota Harrier.

"Akibat kemalangan itu, kedua-dua kenderaan terbakar dan kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan," katanya.

Katanya, mayat kedua-dua beranak itu dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan: