Van bawa kanak-kanak prasekolah kemalangan

Kemalangan melibatkan van dinaiki beberapa kanak-kanak prasekolah di simpang tiga itu
Kemalangan melibatkan van dinaiki beberapa kanak-kanak prasekolah di simpang tiga itu
A
A
A

BUKIT SENTOSA - Beberapa kanak-kanak prasekolah menangis ketakutan selepas van dinaiki terlibat kemalangan di persimpangan Persiaran Kali dekat Taman Widuri.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang kelmarin, van berkenaan kemalangan dengan sebuah kereta di persimpangan tiga itu.

Gambar kejadian tular di media sosial selepas dimuat naik pengendali Facebook di laman Bukit Sentosa/Beruntung Resident dan mendapat pelbagai reaksi penduduk setempat.

Difahamkan seorang kanak-kanak terbabit pengsan dan mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi mendapatkan rawatan.

Di ruangan komen, pengendali Facebook, Anna Natasya memaklumkan kejadian berlaku di depan matanya dan sebak melihat situasi dialami kanak-kanak tersebut.

Rata-rata penduduk meminta agar lampu isyarat dipasang di persimpangan tiga itu selain mencadangkan pembinaan bonggol bagi mengurangkan risiko kemalangan.

Turut memberi maklum balas, Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui yang memaklumkan ahli Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) akan membincangkan cadangan tersebut dalam mesyuarat MDHS.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai mengesahkan kejadian kemalangan terbabit namun tiada laporan polis diterima daripada pemandu terlibat.

Artikel Berkaitan: