[VIDEO] Kejam! Wanita diseret peragut bermotosikal

Rakaman CCTV menunjukkan seorang wanita diseret dalam kejadian ragut di Segamat, semalam. Gambar kecil: Raub Selamat
Rakaman CCTV menunjukkan seorang wanita diseret dalam kejadian ragut di Segamat, semalam. Gambar kecil: Raub Selamat
A
A
A

SEGAMAT- Satu rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan detik ngeri seorang wanita diseret peragut bermotosikal di belakang sebuah bangunan di Segamat sedang tular di media sosial, sejak petang semalam.

Cukup menakutkan kerana dalam video itu jelas menunjukkan wanita tersebut diseret di atas jalan raya oleh dua peragut itu sejauh hampir satu meter sebelum akhirnya terpaksa melepaskan beg tangannya kepada penjenayah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan mangsa ragut tersebut yang berusia lingkungan 30-an sudah pun membuat laporan polis selepas kejadian sekitar jam 3 petang itu.

"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian siku dan lutut akibat terseret di atas jalan raya. Bagaimanapun mangsa sudah mendapatkan rawatan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan polis sedang memburu dua suspek itu, " katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Jelas Raub, kejadian itu adalah kes pertama yang dilaporkan berlaku di lokasi tersebut dan rentetan itu beliau meminta orang awam berhati- hati ketika meletakkan kenderaan di kawasan sunyi terutama di belakang bangunan.

#GENGrewangTV - Kes ragut di public bank segamat.. Semoga peragut tersebut dapat ditangkap dengan cepat..

Posted by GENG Rewang on Thursday, January 30, 2020