Alat pengesan suhu disangka pistol

Tangkapan layar video yang memaparkan tindakan pemandu bas mengacu alat pengesan suhu haba membuatkan seorang wanita bertindak keluar bas kerana beranggapan alat tersebut merupakan sepucuk pistol.
Tangkapan layar video yang memaparkan tindakan pemandu bas mengacu alat pengesan suhu haba membuatkan seorang wanita bertindak keluar bas kerana beranggapan alat tersebut merupakan sepucuk pistol.
A
A
A

CHINA - Tindakan pemandu bas mengacu alat pengesan suhu haba membuatkan seorang wanita bertindak keluar bas kerana beranggapan alat tersebut merupakan sepucuk pistol.

Aksi yang mencuit hati itu tular dan turut dikongsikan oleh kumpulan Info Roadblock JPJ/POLIS yang memaparkan pemandu tersebut memberhentikan bas di bahu jalan bagi mengambil dan menurunkan penumpang.

Menerusi video berkenaan, ketika bas pintu dibuka mendapati seorang penumpang wanita naik kenderaan itu dan pemandu bertindak menghalakan alat pengesan suhu haba yang membuatkan wanita itu terkejut.

Wanita tersebut yang merasakan dirinya terancam kemudiannya telah keluar daripada bas kerana merasakan dirinya seolah-olah diacu pistol oleh pemandu tersebut.

Perkongsian oleh Info Roadblock JPJ/POLIS kini tular di media sosial yang meraih 18,000 tontonan
Perkongsian oleh Info Roadblock JPJ/POLIS kini tular di media sosial yang meraih 18,000 tontonan

Dalam pada itu, video yang tidak pasti di mana lokasi sebenar kejadian tersebut kini tular di media sosial yang meraih 18,000 tontonan.

Rata-rata netizen terhibur dengan tindakan wanita tersebut di samping memuji pemandu tersebut yang menjalankan tanggungjawabnya bagi menyemak suhu haba pada setiap penumpangnya.

"Syabas pemandu bas, anda lakukan tugas anda," tulis Husin Daud di Facebook.

Artikel Berkaitan:

Fatin Husna pula memberitahu, "Terbaik abang pemandu dia lakukan tanggungjawab yang telah dia laksanakan untuk menyemak suhu penumpang. Mungkin gaya dia pegang itu seperti pistol. Itu yang terkejut perempuan itu."