Dua maut bergaduh: Suspek ke-10 direman tujuh hari

Laporan Sinar Harian berhubung kes pergaduhan di Machang yang mengakibatkan dua kematian.
Laporan Sinar Harian berhubung kes pergaduhan di Machang yang mengakibatkan dua kematian.
A
A
A

KOTA BHARU - Suspek ke-10 yang terlibat dengan pergaduhan di Batu 31, Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Machang sehingga menyebabkan dua kematian Isnin lepas, direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Amal Razim Alias di sini.

Suspek lelaki berusia 51 tahun itu ditahan di rumahnya di Kampung Tok Burung, Bachok pada jam 6.30 petang semalam.

Selasa lepas, lapan lelaki berusia antara 23 hingga 39 tahun direman tujuh hari, manakala kelmarin, seorang lagi suspek lelaki berusia 37 tahun juga direman selama tujuh hari.

Kesemua suspek itu ditahan polis bagi membantu siasatan kes pergaduhan yang menyebabkan dua orang terkorban di Batu 31, Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Machang, Isnin lepas. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Dua lelaki maut bergaduh

Dua maut bergaduh: Lapan ditahan termasuk seorang tentera

Artikel Berkaitan: