X

Kindly register in order to view this article
!

Manchester United sukar akhiri saingan lima terbaik

Kecederaan dihadapi Rashford menyebabkan ketumpulan bahagian penyudah The Red Devils.
A
A

MANCHESTER United dijangka tidak dapat mengakhiri saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam kelompok lima terbaik pada penghujung musim ini.

Bekas penyerang The Red Devils, Owen Hargreaves berkata, sasaran itu sukar direalisasikan berdasarkan prestasi semasa skuad bimbingan Ole Gunnar Solksjaer kebelakangan ini.

Menurutnya, The Red Devils yang mengakhiri cabaran pada kedudukan keenam musim lalu menyasarkan kelompok lima terbaik liga kali ini bermula dengan rentak positif sebelum prestasi hambar mula membelenggu kelab.

“Sejujurnya sasaran Manchester United untuk berada pada kedudukan lima terbaik adalah realistik sesuai dengan kualiti barisan para pemain musim ini.

“Tapi apabila masalah kecederaan beberapa pemain penting seperti (Marcus) Rashford ditambah prestasi tidak menentu pemain muda, kelab mula mempamerkan momentum tidak menentu dalam beberapa perlawanan.

“Pada ketika ini kedudukan pasukan tempat kelima dengan pasukan lain tidak berapa jauh matanya. Saya khuatir mata dimiliki Manchester United tidak akan melebar sebaliknya akan menyempit dalam beberapa perlawanan lagi,” katanya.

Pada masa sama bekas pemain Manchester City dan Bayern Munich itu berkata, The Red Devils berkemungkinan akan turun dari kedudukan kelima sekiranya pengurusan kelab tidak mengambil tindakan lebih konkrit menyelesaikan masalah ini.

“Manchester United cukup amat memerlukan beberapa pemain baharu bagi menggantikan pemain yang mengalami kecederaan jangka panjang.

“Sekiranya (Ole Gunnar) Solksjaer tidak diberikan peruntukkan yang secukupnya bagi menutup kelompongan sedia ada, tidak mustahil kedudukan The Red Devils akan merudum lagi dalam baki perlawanan,” katanya.

Solksjaer sebelum ini menegaskan untuk kekal bersaing kelab itu memerlukan dua pemain baharu bagi perpindahan pemain Januari ini bagi mengisi kekosongan posisi pemain yang cedera.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!