Gempa bumi kuat gegar Cuba cetus amaran tsunami

Gempa itu berlaku 1,989 kilometer (km) tenggara dari Houston, Amerika Syarikat pada kedalaman 10km.
Gempa itu berlaku 1,989 kilometer (km) tenggara dari Houston, Amerika Syarikat pada kedalaman 10km.
A
A
A

CUBA - [DIKEMASKINI] Gempa pada skala 7.7 magnitud melanda selatan laut Cuba sehingga mencetuskan amaran tsunami untuk negara itu termasuk Jamaica dan Kepulauan Cayman kira-kira 2.10 pagi waktu tempatan semalam.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) dan Pusat Maklumat Tsunami Antarabangsa, pusat gempa bumi, yang pada awalnya dilaporkan pada magnitud 7.3 itu berlaku pada kedalaman 6.2 kilometer (km) yang terletak 125km barat laut Lucea, Jamaica.

"Amaran tsunami telah dikeluarkan kerana gelombang tsunami yang berbahaya dari gempa bumi ini mungkin berlaku pada dari pusat gempa di sepanjang pantai Jamaica, Kepulauan Cayman dan Cuba," kata Pusat Maklumat Tsunami Antarabangsa dalam satu kenyataan semalam.

Laman web rasmi Cubadebate melaporkan, gempa itu turut dirasai di beberapa wilayah termasuk Guantanamo dan di timur Santiago de Cuba, pusat Cienfuegos dan barat laut Havana.

Menurut Agensi Pengelola Bencana Kepulauan Cayman, mereka meminta orang ramai untuk berpindah dari kawasan pesisir pantai dalam satu ciapan di laman Twitter mereka.

Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Media Polis Kepualauan Cayman, Mikhail Campbell berkata, pihak belum mengetahui sebarang laporan mengenai kerosakan yang serius berlaku di kepulauan itu.

Artikel Berkaitan: