Wanita terkejut terima burger McDonald sudah digigit

Seorang wanita mendapati burger dipesannya mempunyai dua kesan gigitan yang besar. - Foto MEN Media
Seorang wanita mendapati burger dipesannya mempunyai dua kesan gigitan yang besar. - Foto MEN Media
A
A
A

SCUNTHORPE - Seorang wanita terkejut mendapati burger dipesannya mempunyai kesan gigitan selepas membuat pesanan menerusi satu aplikasi penghantaran makanan.

Berdasarkan sumber melalui laporan Daily Star, wanita tersebut, Amma Mensah berkata, ketika kejadian, dia ketika itu sedang bekerja pada syif malam dan membuat pesanan burger Big Mac dari McDonald Scunthorpe, England.

Bagaimanapun menurutnya, ketika mendapat pesanan dan membuka bungkusan, dia terkejut mendapati makanan dipesan itu mempunyai dua kesan gigitan yang besar.

“Pesanan saya semuanya dalam keadaan sempurna. Saya tidak percaya bila melihat burger tersebut, dari luar cantik tetapi amat menjijikkan bila lihat makanan telah digigit," katanya.

Katanya, dia menggunakan aplikasi Uber Eats beberapa kali sebelum ini, namun tidak pernah berdepan sebarang masalah.

Mensah menunjukkan jumlah wang yang perlu dibayar melalui aplikasi tersebut.
Mensah menunjukkan jumlah wang yang perlu dibayar melalui aplikasi tersebut.

Dalam pada itu, Mensah berkata, dia bertindak membuang burger itu dan syarikat penghantaran tersebut kemudian mengembalikan semula wang kepadanya susulan insiden berkenan.

“Pada mulanya McDonalds dan Uber Eats tidak mahu mengaku salah. Uber mengatakan mereka tidak boleh buat apa-apa, manakala McDonalds pula memberitahu tiada salah laku dilakukan selepas memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) di premisnya.

Artikel Berkaitan:

“Walaupun wang saya telah dikembalikan, namun perkara ini dijadikan iktibar dan saya akan membeli makanan sendiri selepas ini kerana tak mahu perkara sama berulang,” katanya.

Sementara itu, Uber Eats dan McDonalds enggan mengulas lanjut mengenai kejadian terbabit.