Bapa tengking guru tak puas hati rambut anak dipotong

Rakaman tular berkenaan tindakan seorang bapa memarahi seorang guru yang tidak berpuas hati rambut anaknya dipotong di sekolah.
Rakaman tular berkenaan tindakan seorang bapa memarahi seorang guru yang tidak berpuas hati rambut anaknya dipotong di sekolah.
A
A
A

SHAH ALAM - Tular video berdurasi 1 minit 20 saat yang memapar tindakan seorang lelaki menengking seorang guru kerana tidak berpuas hati rambut anaknya dipotong dalam kejadian di sebuah sekolah agama swasta dekat sini.

Lelaki berkenaan bertemu dengan guru yang bertanggungjawab untuk mendapatkan penjelasan tentang kewajaran pihak sekolah memotong rambut anaknya.

“ Yang kau usik ni bukan anak binatang, rambut panjang tak masuk neraka, kau tahu tak,

“Rasulullah punya rambut macam mana?,” soal lelaki itu,

Lelaki itu turut mempertikaikan tindakan guru berkenaan mengenakan hukuman kerana anaknya belajar di sekolah swasta yang dibayar.

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata orang ramai mengecam tindakan lelaki berkenaan kerana menyerang guru terbabit di sekolah.

Muhd Yusri berkata, isu berkenaan boleh diselesaikan dengan cara baik tanpa perlu menyalahkan guru t secara terbuka.

“Tugas pendidik adalah untuk memastikan pelajarnya menjadi seorang yang berilmu dan berakhlak kerana murid adalah tanggungjawab guru di sekolah, ibu bapa tidak perlu campur,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Zaidee pula berkata, tindakan lelaki berkenaan menengking dan mengherdik guru terbabit dengan bahasa yang kasar adalah tidak wajar.

“Hantar anak ke sekolah agama tapi perangai ayah memalukan, kalau tak nak kena denda tak payah hantar anak pergi sekolah,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline Tular video berdurasi 1 minit 20 saat yang memapar tindakan seorang lelaki menengking seorang guru kerana tidak berpuas hati rambut anaknya dipotong dalam kejadian di sebuah sekolah agama swasta. Lelaki berkenaan bertemu dengan guru yang bertanggungjawab untuk mendapatkan penjelasan tentang kewajaran pihak sekolah memotong rambut anaknya. Lelaki itu turut mempertikaikan tindakan guru berkenaan mengenakan hukuman kerana anaknya belajar di sekolah swasta yang dibayar. #SinarHarian#SinarTerkini#VideoViral#Bapa#SekolahSwasta#PotongRambut original sound - Sinar Harian
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!