Kes Adib: Polis serah keputusan penuh kepada mahkamah

Tan Sri Noor Rashid Ibrahim
Tan Sri Noor Rashid Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerahkan sepenuhnya keputusan berhubung siasatan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, kepada pihak mahkamah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, siasatan kes itu sudah siap sepenuhnya dan sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi proses pendengaran di mahkamah.

Menurutnya, inkues akan bermula dalam jangka waktu terdekat.

"Biar mahkamah yang putuskan dan segala maklumat mengenainya akan terjawab sepanjang prosiding itu nanti.

"Saya yakin mahkamah akan mendengar semua hasil siasatan itu dengan berita yang jelas serta fakta yang lengkap," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Forum Kes Penderaan Kanak-Anak Semakin Meningkat: Adakah Undang-Undang Kurang Berkesan? di Maktab PDRM Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.

Terdahulu, Ketua Polis Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memaklumkan pihaknya sudah menyerahkan laporan siasatan berhubung kes kematian Muhammad Adib dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya kepada TPR pada 24 Disember lalu.

Kes disiasat mengikut 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel Berkaitan: