Koronavirus: Wuhan bina hospital baharu

Foto AFP
Foto AFP
A
A
A

BEIJING - Bandar Wuhan di China dilaporkan sedang membina hospital baharu untuk merawat mangsa koronavirus dan giat menggerakkan jentera untuk menyiapkan projek itu pada awal minggu depan.

Menurut laporan akhbar Changjiang Daily hari ini, hospital baharu dilengkapi 1,000 katil itu dibina di pinggir bandar yang mana pada asalnya ia adalah untuk pekerja tempatan.

Jentera termasuk 35 pengorek dan 10 jentolak mula tiba di tapak pembinaan malam tadi dan kemudahan baharu itu dijangka siap menjelang Isnin.

"Pembinaan projek ini bertujuan menyelesaikan isu kekurangan sumber perubatan sedia ada.

"Oleh kerana ia akan menjadi bangunan pasang siap, ia bukan sahaja dibina dengan pantas tetapi juga tidak menelan belanja yang besar," menurut laporan itu.

Setakat ini, koronavirus baharu 2019-nCOV itu telah mengorbankan 25 orang di China dan mencatatkan lebih 800 jangkitan. - Agensi

Artikel Berkaitan: